Pekan Limbang








Limbang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Limbang merupakan sebuah bahagian dan juga ibu kota bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Sarawak ini terletak di sebelah utara, dan mempunyai kawasan seluas 3,978.1 kilometer persegi dan jumlah penduduk 42,600 orang (banci tahun 2000). Bandar Limbang diapit oleh negara Brunei.

* Muzium Wilayah Limbang terletak di sebuah kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke pada 1897. Muzium yang telah dibuka pada 1994 ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

Bukit Mas terletak berhampiran dengan Muzium Wilayah Limbang tempat ini merupakan tempat menarik untuk dukunjungi. Bukit Mas adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga ,rakan-rakan mahupun bersendirian. Tempat ini mempunyai pemandangan sejuk mata memandang. Terdapat trek menaiki puncak Bukit Mas. Biasanya sempena Hari Bukit Mas pertandingan naik ke puncak Bukit Mas akan diadakan!

Ulasan* Bangunan tu adalah pasar basah. untuk org melayu. Pasar cina belah kiri, taknampak pun. Sungai tu boleh pegi ke Brunei dan Labuan. kalau ke hulu, pegi ke kampung-kampung belah hulu. Tapi aku tak penah pegi laa(takuut naik bot). Skarang ni dah ada jalan. sungai tu untuk penduduk yang duduk tepi sungai. seberang sana pun ada perumahan gak. Terapung tuu.


Pasar Limbang untuk orang islam dipanggil "Tamu". Ada satu lagi pasar untuk bukan Islam dipanggil "Pasar". Banggunan lebih kurang sama saja, tapi istilah tu lain-lain.






Sungai ni dekat tepi tamu. ada jeti untuk penduduk yang tinggal di seberang sungai tu. Generasi sekarang ni kebanyakkan tinggal di taman perumahan. tak ramai yang guna bot lagi. Dulu pergi brunei naik bot. tapi skarang lebih mudah naik kereta, walaupun jaraknya jauh sikit.

0 ulasan: